Jenazah Ahmad Naim Najmi selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Ahmad Naim Najmi selamat dikebumikan

IBU bapa dan adik-adik Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, sebak selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal di Kemaman hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal, hari ini.

Allahyarham dikebumikan berhampiran pusara datuknya, Abdullah Sulong, kira-kira pukul 8 pagi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu dengan hampir 100 ahli keluarga dan kenalan hadir termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediaman neneknya di Kampung Penunjuk di sini kira-kira pukul 3.15 pagi dari Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS.

Solat jenazah turut diadakan sekali lagi di kediaman neneknya selepas solat Subuh.

Sementara itu, ibunya, Shamila Abdullah, 44, bersyukur urusan pengebumian anak sulung daripada empat adik-beradik tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Saya reda dengan pemergiannya dan bersyukur segala urusan dipermudahkan sejak semalam. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah arwah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.