Jenamakan semula semua nama tempat, jalan kepada bahasa Melayu

Simposium: Jenamakan semula semua nama tempat, jalan kepada bahasa Melayu

KERAJAAN disarankan menjenamakan semula semua nama tempat, jalan serta iklan kepada bahasa Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan untuk menjenamakan semula semua nama tempat, jalan serta iklan kepada bahasa Melayu bagi mewujudkan persekitaran yang melambangkan identiti Malaysia di negara ini.

Ini kerana, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican menyifatkan kebanyakan lokasi di negara ini sudah hilang identiti negara termasuklah Kuala Lumpur.

“Bila nama Inggeris, persekitaran pun Inggeris. Kuala Lumpur pun sama, nilainya sebagai bandar Melayu telah hilang. Apa yang berlaku selama 65 tahun di beberapa tempat di Malaysia seperti di pantai barat Semenanjung, selain di Sabah dan Sarawak, persekitaran bahasa Inggeris dengan nama tempat, nama jalan, iklan…alam yang dibina ini perlu diubah.

“Macam masuk masjid berbeza dengan masuk bank, jadi persekitaran membentuk kita…tetapi tidak ada persekitaran yang mantap dan menyeluruh dalam bahasa Melayu dan memancarkan penggunaan bahasa ini di tempat-tempat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sidang 9: Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara bersempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Pada masa sama, beliau mencadangkan supaya undang-undang dari segi tribunal diwujudkan khusus untuk isu bahasa kebangsaan.

“Di Filipina dan Jepun sudah diwujudkan tribunal sejarah untuk menimbang tara dan menyelesaikan pertelingkahan sejarah. Di sini kita ada masalah pertelingkahan bahasa Melayu selama 65 tahun tetapi tidak ada tribunal.

“Di mana kita nak mengadu masalah, bukan hanya bahasa dan budaya, tetapi identiti tribunal mungkin boleh letak di bawah penyemakan kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Tribunal mempunyai kuasa menghukum, bukan seperti mahkamah, mungkin tidak memenjarakan, tetapi mendenda kesalahan yang secara tidak langsung berkaitan bahasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya