JBPM sedia kerah pasukan elit bantu mangsa banjir kilat Janda Baik

JBPM sedia kerah pasukan elit bantu mangsa banjir kilat Janda Baik

ISMAIL Abdul Muttalib (dua dari kiri) menyantuni seorang pesara selepas meraikan persaraan anggota dan jamuan hari raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Maran, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia mengerahkan pasukan elit bagi memberi perkhidmatan sokongan selepas banjir kilat kepada mangsa terlibat di pusat peranginan Janda Baik, Bentong.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib berkata, banjir kilat di Janda Baik Rabu lalu menyebabkan 140 rumah terkesan, 42 keluarga berpindah selain prasarana, persekitaran dan kemudahan pelancongan rosak teruk.

Menurutnya, JBPM mempunyai anggota yang terlatih dalam pelbagai situasi kecemasan bagi memastikan nyawa mangsa dan harta benda dapat diselamatkan dalam apa jua keadaan.

“Antaranya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), Pasukan Penyelamat di Air, Emergency Medical Rescue Services, Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia, Pasukan Khas Udara Bomba, Multi Skill Team dan Rapid Intervention Motorcycle. 

“Kepakaran dan komitmen menyelamat anggota terbabit bukan sahaja sewaktu banjir kilat tetapi juga khidmat mereka turut diperlukan untuk menyediakan peralatan khusus bagi tujuan pembersihan selepas banjir,” katanya. kepada pemberita selepas meraikan persaraan anggota JBPM Daerah Maran dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri JBPM Maran, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd. Zahar Abdullah dan Ketua Balai dan Penyelamat Maran, Samsul Effendi Sulaiman dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Raja Mohd. Arif Raja Shamsudin.

Ismail berkata, selepas banjir penduduk berdepan cabaran kehadiran tetamu tidak diundang iaitu binatang berbisa seperti ular yang masuk dalam kediaman.

“Dalam hal ini kecekapan anggota bomba bukan sahaja berkemampuan menangani kebakaran tetapi juga pelbagai situasi sukar seperti kemalangan maut, kemalangan di air dan menangkap haiwan berbisa,” katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli meninjau sendiri kesan kerosakan banjir kilat di Janda Baik. 

Beliau yakin keberangkatan Seri Paduka ke Janda Baik selepas banjir kilat menjadi pemangkin kepada pelbagai agensi di bawah bidang masing-masing bagi membantu memulihkan kerosakan akibat banjir kilat di kawasan tersebut. 

“Saya juga menjunjung kasih titah Pemangku Raja Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah supaya kerajaan negeri dan Kementerian Alam Sekitar dan Air ( KASA) menyegerakan kerja membersih dan mendalam sungai yang menjadi punca utama banjir kilat di Janda Baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya