Jalan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat

Jalan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat

POLIS mengawal lalu lintas di Kampung Baru yang dinaiki air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalan-jalan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi. 

Antara jalan terlibat adalah Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Baru dan Jalan Ampang. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan berkata, setakat pukul 1.25 petang tadi, pemantauan mendapati air telah surut di kesemua kawasan tersebut. 

“Antaranya di Jalan Sultan Azlan Shah, air naik di paras buku lali namun kini telah surut dan laluan dibuka untuk kenderaan. 

“Turut terkesan di Kampung Periuk, Lorong Raja Mahadi dan Jalan Ampang namun kesemua laluan tersebut telah pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, tiada kerosakan dilaporkan dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya