Imej Khairy berbaju Melayu di WHO dapat pujian

Imej Khairy berbaju Melayu di WHO dapat pujian

KHAIRY Jamaluddin berbaju Melayu lengkap ketika berucap pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia WHO di Geneva, Switzerland semalam. - FOTO/KEMENTERIAN KESIHATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penampilan Khairy Jamaluddin mengenakan baju Melayu pada persidangan antarabangsa menerima pujian daripada Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (Pernilam).

Pengerusinya, Fadzil Azwan Mohaman Nan ketika dihubungi berkata, langkah berani Menteri Kesihatan itu membuktikan jati diri beliau yang megah berbusana Melayu di platform global.

“Malah penampilan Khairy di pentas sejagat itu harus dibanggakan dan diberikan pujian kerana secara tidak langsung mempromosikan keunikan baju ini di peringkat antarabangsa,” katanya.

 Semalam, Ahli Parlimen Rembau itu mengejutkan hadirin ketika hadir menyampaikan ucapan sulung di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-75 di Ibu pejabat WHO, Geneva, Switzerland.

Beliau berucap sebagai antara lima Naib Presiden program tahunan itu setelah baru dipilih oleh para delegasi untuk mewakili rantau Asia Pasifik Barat yang mengandungi 37 buah negara.

Video ucapan Khairy yang lengkap berbusana kebangsaan berwarna hitam dengan berkain samping songket emas dan bersongkok turut dimuat naik WHO menerusi laman sesawangnya.

Pernilam awal bulan ini menjadi tumpuan warganet kerana lantang mempertahankan isu baju Melayu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan trend pemakaian kurta pada perayaan itu.

Mengulas lanjut, Fadzil Azwan berkata, pemakaian busana itu di pentas dunia bukan baharu kerana pernah dilakukan oleh Tun Dr. Ismail di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 1957.

Kali terakhir pegawai kerajaan tampil berbaju Melayu dalam program antarabangsa ialah Tan Sri Razali Ismail ketika berucap sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada 1996 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN