Identiti mayat dua pendaki dikenal pasti

Identiti mayat dua pendaki dikenal pasti

MIOR Faridalathrash Wahid (kiri) meninjau program derma darah di PLPGU, Ipoh, Perak,  hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Identiti dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Hutan Simpan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini minggu lalu, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, anggota badan manusia yang dijumpai pada 16 Mei lalu dikenal pasti sebagai See Su Yen, 32, manakala mayat Ng Yee Chew, 46, pula dijumpai pada Sabtu.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.

“Bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika ditemui pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), di sini hari ini. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian  menemukan beberapa anggota badan manusia dan badan dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Siku.

Menerusi laporan media 15 Mei lalu, dua pendaki wanita dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 27 individu lain di Hutan Simpan Kekal Gunung Suku.

Mangsa dikenali sebagai See Su Yen dan Ng Yee Chew. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya