HSB kesan waris lelaki maut kemalangan motosikal

HSB kesan waris lelaki maut kemalangan motosikal

KHOO KANG FEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Pengurusan Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang lelaki kaum Cina yang maut dalam kemalangan pada 27 April lalu.

Jurucakap Jabatan Forensik HSB dalam kenyataan berkata, mangsa, Khoo Kang Fee, 50, meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 155.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini pada 3.55 petang hari kejadian.

Sehingga kini katanya, mayat lelaki itu masih belum dituntut oleh sesiapa.

“Mengikut maklumat yang diperoleh, si mati tinggal di alamat bernombor 71-1-22 Lebuhraya Batu Maung, Taman Iping Batu Maung, Bayan Lepas.

“Bagaimanapun, pemeriksaan pihak polis berdasarkan alamat terakhirnya itu gagal menemui waris lelaki tersebut,” katanya.

Sehubungan itu tambah kenyataan tersebut,  mana-mana waris serta ahli keluarga mangsa digesa supaya segera menghubungi Jabatan Forensik HSB untuk menuntut mayat lelaki itu serta menguruskan urusan pengebumiannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN