HFMD: Empat taska di Melaka tutup 10 hari

HFMD: Empat taska di Melaka tutup 10 hari

KALSOM Noordin dalam sidang akhbar selepas Program Keselamatan dan Kesihatan bersama PDRM di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka melonjak melebihi 1,100 kes dalam tempoh seminggu. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, sehingga kini seramai 1,142 kanak-kanak di bawah usia empat tahun dijangkiti wabak itu. 

“Sehingga 14 Mei lalu, kita merekodkan seramai 1,142 kanak-kanak dijangkiti HFMD. Kes ini dilihat terus melonjak berbanding sebelum ini sebanyak 977 kes direkodkan pada Minggu Epid (ME) Ke-18,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ayer Keroh di sini, semalam.

Katanya, sebanyak 26 kes direkodkan di empat buah taska dan kesemuanya diarahkan tutup serta-merta selama 10 hari. 

“Terbaharu empat taska terlibat dalam penularan jangkitan ini, namun hanya sebuah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mengikut pecahan, sebuah taska adalah di Melaka Tengah dan tiga lagi di Jasin,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya