Hartal doktor kontrak tuntut penjelasan doktor maut terjatuh

Hartal doktor kontrak tuntut penjelasan pelatih maut terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gerakan Hartal Doktor Kontrak menuntut penjelasan dan tindakan susulan Kementerian Kesihatan berhubung kematian seorang doktor pelatih (houseman) selepas terjatuh di Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurut gerakan itu, perkara itu menimbulkan persoalan kerana ia melibatkan seorang doktor dan bukannya kanak-kanak.

Justeru, katanya, langkah segera perlu diambil bagi mengelakkan ramai lagi doktor di luar sana yang masih menderita terutama dengan beban kerja.

“Kementerian Kesihatan mesti menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang munasabah. Satu mati, ratusan masih menderita,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, kematian doktor tersebut dipercayai membabitkan beban kerja selepas didakwa bekerja sehingga 16 jam selama dua tahun.

Sehubungan itu, dalam hantaran lain, gerakan itu menggesa orang ramai  menghentikan kegiatan buli di tempat kerja terutama fasiliti kesihatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN