Hargai ibu semasa masih ada - PM - Utusan Malaysia

Hargai ibu semasa masih ada – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh Keluarga Malaysia untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan ibu, sempena sambutan Hari Ibu, hari ini.

Perdana Menteri berkata, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, begitulah hebatnya seorang ibu dalam mencorak kehidupan anak supaya menjadi insan yang berguna dan berjasa dalam pembangunan negara.

“Arwah mak, Allahyarhamah Wan Jah Wan Mamat, banyak mencorak hidup saya agar dapat menjadi insan yang berbakti kepada seluruh Keluarga Malaysia. Arwah mak mendidik saya dan adik-beradik dengan penuh kasih sayang.

“Kami anak kampung yang serba kekurangan dan arwah mak yang menyempurna dan membahagiakan kami dengan cara mak yang tersendiri. Kelembutan dan keikhlasan arwah mak dalam membesarkan anak-anak dengan begitu tabah sekali.

“Terima kasih mak atas segala jasa yang dicurahkan, yang tidak mampu insan bergelar anak membalas jasa mak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, Ismail Sabri meminta anak-anak di luar sana untuk memberi kasih sayang sepenuhnya kepada ibu mereka semasa masih ada.

“Jasa ibu tidak terbalas, wang ringgit bukan segala-galanya tetapi kasih sayang dan perhatian memadai menjadi pengubat hati yang penuh kerinduan,” jelasnya.

Sambutan Hari Ibu tahun ini disambut dengan bertemakan ‘Kasih ibu selamanya’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN