SOP Jais

Harga lembu korban dijangka bermula RM5,000

Abdul Razak menunjukkan daging lembu yang disejuk bekukan untuk pasaran tempatan oleh ahli PPK Kuala Langat. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT- Harga lembu untuk ibadat korban tahun ini dijangka mengalami kenaikan kira-kira 11 ke 12 peratus tahun ini iaitu minimum RM5,000 berbanding RM4,500 tahun lalu.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbollah bagaimanapun yakin, permintaan umat Islam untuk melaksanakan ibadat itu akan meningkat walaupun harga ternakan ruminan itu meningkat.

“Setakat ini kami menerima tempahan sebanyak 2,000 ekor lembu untuk ibadah korban. Tahun lepas kita memasarkan sebanyak 1,200 ekor lembu korban,” katanya ketika ditemui di pejabat PPK Kuala Langat hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak memberitahu, pengusaha pusat penyembelihan dan penternak di daerah ini bersedia melaksanakan ibadah korban mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tahun ini.

Katanya, ibadah korban fasa endemik Covid-19 sudah pasti dilonggarkan namun prasarana tetap perlu disediakan selaras SOP pihak berkuasa.

“Tahun lepas ada pengusaha pusat penyembelihan dan juga penternak mengeluarkan modal hampir RM50,000 untuk proses ubahsuai pusat penyembelihannya.

“Pengubahusaian tersebut adalah selaras SOP yang ditetapkan pihak berkuasa agama dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya turut memantau isu penyembelihan daging lembu melibatkan pusat sembelihan luar negara yang menjadi isu panas kini.

Jelasnya lagi, pusat penyembelihan yang melibatkan ahli PPK Kuala Langat sentiasa mematuhi bukan sahaja SOP pihak berkuasa malahan selaras ajaran Islam sebenar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya