Hans Isaac, Altimet tewas rebut Ketua Cabang Ampang  - Utusan Malaysia

Hans Isaac, Altimet tewas rebut Ketua Cabang Ampang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua selebriti tewas dalam merebut jawatan Ketua Cabang Ampang yang sebelum ini menjadi tumpuan, menyaksikan pertembungan di antara Gerald Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Menurut keputusan menerusi laman sesawang pemilihan PKR, ‘kerusi’ tersebut berpihak kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang meraih undian tertinggi berjumlah 942 undi.

Hans Isaac menduduki tempat kedua dengan undian 609, sementara Altimet berada di tempat ketiga memperoleh 589 undian.

Empat calon lain yang turut tewas ialah Abdul Halim Mohamed Yusof (272 undi); Sam Hoo Wai (138 undi); Abdullah Md Zain (110 undi) dan Abdul Latiff Shaari hanya mendapat 17 undi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menewaskan bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Murbarak dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Gombak.

Amirudin menang dengan meraih 1,858 undi berbanding Farhash yang mendapat 1,215 undi.

Di Melaka pula, turut menyaksikan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya tewas di tangan Md. Rafee Ibrahim dalam perebutan ketua cabang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya