motor langgar kereta

Guru maut, motosikal ditunggang berlanggar kereta dipandu warga emas

KEADAAN motosikal dan kereta yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan Muhammad Ashraf Malek (gambar) dalam kejadian di KM 10 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir berhadapan dengan Klinik Kesihatan Juasseh, Kuala Pilah pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang guru sebuah sekolah kebangsaan di sini maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer (KM) 10 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir berhadapan dengan Klinik Kesihatan Juasseh dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Ashraf Malek, 34, mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian terdapat dua lorong dua hala dan simpang tiga.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah kereta dipandu seorang lelaki dari arah Terusan menghala ke Klinik Kesihatan Juasseh. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika kereta berkenaan sedang masuk ke simpang sebelah kanan arah Klinik Kesihatan Juasseh, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, terus melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya