GEORGETOWN: Seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) nekad menumpang sebuah motosikal untuk menghadiri majlis konvokesyen di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) di sini selepas tersangkut dalam kesesakan teruk pada awal pagi semalam. Tindakan R. Kevin, 28, itu menjadi tular di media sosial dengan dirinya memegang jubah di atas jambatan sambil mencuba nasib menahan penunggang motosikal menghala ke pulau. Kevin berkata, dia bersama ibu bapanya keluar dari rumah di Seberang Jaya…










