Fatwa larang lawat Aqsa bakal ditarik balik

Fatwa larang lawat Aqsa bakal ditarik balik

KHAIRUDDIN Aman Razali ketika berucap pada Sidang Kemuncak Ulama Islam Sedunia 2022 mengenai Isu Pembebasan Palestin di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ulama seluruh dunia bersepakat untuk segera menarik balik fatwa yang sebelum ini melarang keras umat Islam untuk melawat Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.

Perkara itu antara 24 resolusi dibentangkan pada hari terakhir Sidang Kemuncak Ulama Islam Sedunia 2022 mengenai Isu Pembebasan Palestin di Pusat Konvensyen Movenpick di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Program, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, fatwa sebelum ini bertujuan mengelak pengiktirafan ke atas rejim Israel.

“Namun ketika ini, keadaan sudah berubah dan pihak berkuasa Zionis bijak memudahkan umat Islam datang bagi mencetuskan persepsi baik kononnnya Israel tidak menindas Palestin,” katanya ketika ditemui pemberita.

Justeru, ujarnya, berdasarkan kaedah fiqh kontemporari, larangan dikeluarkan ulama dahulu ekoran penaklukan Israel ke atas Palestin pada 1948 lalu tidak relevan dan wajar dibatalkan.

Apatah lagi, katanya, kunjungan umat Islam dari seluruh dunia ke kawasan Masjidil Aqsa dan juga sekitar Baitulmaqdis akan membantu dalam menjana ekonomi para peniaga Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya