Enam negeri catat lebih 100 kes positif Covid-19

Enam negeri catat lebih 100 kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,060 kes berbanding kelmarin, 2,123 kes dan diatasi 2,618 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 786 kes diikuti Kuala Lumpur (405), Negeri Sembilan (120), Pulau Pinang (119), Melaka (116), Perak (112), Kedah (86), Johor (68), Putrajaya (65) dan Sabah (63).

Diikuti Sarawak (50), Pahang (30), Kelantan (14), Terengganu (12), Perlis, (11) manakala Labuan, enam kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 475 orang berbanding kelmarin, seramai 482 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan sedikit peningkatan kepada 36 orang berbanding jumlah kelmarin, 35 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan sebanyak 20 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 34 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, lima kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,638 kes. 

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,550 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya