Empat dicekup langgar kawasan tangkap ikan

Empat dicekup langgar kawasan tangkap ikan

EMPAT lelaki dicekup pihak berkuasa Maritim Malaysia Selangor selepas dikesan melanggar kawasan untuk menangkap ikan berdekatan Tanjung Rhu di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan empat lelaki melanggar kawasan menangkap ikan mengundang padah apabila dicekup pihak berkuasa di sekitar Tanjung Rhu di sini, semalam.

Kesemua warga tempatan termasuk tekong berusia 35 hingga 67 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah bot nelayan, kira-kira pukul 1.30 petang.

Penahanan itu dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor kira-kira 2.7 batu nautika barat daya perairan tersebut.

Pengarahnya, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu dikesan ketika pihaknya menjalankan rondaan rutin penguatkuasaan Op Ehsan di sekitar perairan Selangor.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan Kelas A dikendalikan empat kru termasuk tekong itu melanggar syarat sah lesen. Bot itu didaftarkan di Negeri Sembilan dan didapati melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negeri ini. 

“Mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana kerana melanggar syarat lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.