Ekonomi negara positif, 604,457 warga asing ke Malaysia sejak 1 April - Utusan Malaysia

Ekonomi negara positif, 604,457 warga asing ke Malaysia sejak 1 April

ISMAIL Sabri Yaakob bersalaman dengan hadirin kanak-kanak yang turut memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di dataran jambatan angkat atau drawbridge di Kuala Nerus. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif sejak peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malah katanya, Malaysia menerima kemasukan seramai 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabangsa dibuka semula pada tarikh sama, 1 April.

“Perangkaan itu berdasarkan data Jabatan Imigresen setakar 12 Mei.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 93.8 peratus atau 567,025 orang merupakan pelancong,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di dataran jambatan angkat atau drawbridge di sini, malam tadi.

Yang hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ismail Sabri berkata, di awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, seramai dua juta pelancong asing disasarkan ke Malaysia pada tahun ini dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion.

Dalam pada itu, beliau mengajak Keluarga Malaysia bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian hasil kestabilan politik serta kerjasama ramai walaupun dunia berdepan cabaran risiko geopolitik serius termasuk konflik Russia-Ukraine di samping kekejaman tentera rejim Israel di Palestin.

Katanya, ketika Keluarga Malaysia meraikan Aidilfitri dalam suasana aman dan meriah, namaun umat Islam di yang bergolak seperti Palestin, Syria, Afghanistan dan Libya pula menyambutnya dengan linangan air mata.

“Inilah peri pentingnya keamanan yang hanya dapat dikecapi dengan sikap saling hormat-menghormati untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga yang kaya dengan pelbagai budaya dan kepercayaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya