Duat beranak ditemukan maut tergantung - Utusan Malaysia

Duat beranak ditemukan maut tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat dua beranak ditemukan dalam keadaan tergantung di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, dekat sini, hari ini.

Kedua-dua mayat terdiri seorang wanita warga emas berusia 71 tahun dan anak lelakinya berusia 35 tahun ditemukan kira-kira pukul 10.17 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

Kata beliau, tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk ditemukan di lokasi kejadian.

“Malah barang peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat mangsa berkenaan juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya.

Kata beliau, mayat kedua-dua mangsa berkenaan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.

“Sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang, Sarjan Mejar Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya