fbpx

Dua pendaki wanita hilang di Gunung Suku

ANGGOTA bomba bersiap sedia untuk membawa keluar dua wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Ipoh, Perak, hari ini.

IPOH: Dua wanita dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian bersama 27 pendaki lain di Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 6.55 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat terdapat 29 individu sedang melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan namun dua pendaki wanita berusia lingkungan 40-an dipercayai hilang.

“Operasi mengesan kedua-dua pendaki berkenaan sedang dilakukan dan perjalanan ke lokasi mangsa dipercayai berada dijangka mengambil masa dua hingga tiga jam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, 27 pendaki telah berjaya sampai di kaki bukit dan kesemua mereka dalam keadaan selamat. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!