Dua pelatih lemas di tasik Puspen

Dua pelatih lemas di tasik Puspen

DUA mangsa lemas di tasik Puspen ditemukan berada di dasar dengan kedalaman antara lapan hingga 10 meter. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Aktiviti mandi-manda dua sahabat berakhir tragedi apabila mereka ditemukan lemas di tasik Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), di Jalan Gesing-Kampung Kundang Patah di sini, hari ini. 

Kedua-dua mangsa berusia 37 tahun dan 43 tahun adalah pelatih di pusat pemulihan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 3.04 petang. 

“Pasukan penyelamat mendapati terdapat dua mangsa lemas di tasik itu dan melakukan operasi mencari serta menyelamat dengan teknik surface searching menggunakan grappling iron.

“Mangsa pertama ditemukan kira-kira pukul 4 petang di kedalaman 10 meter manakala  mangsa kedua dijumpai pukul 4.04 petang di kedalaman lapan meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulfadli berkata, kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya