dua mati

Dua maut kemalangan tiga motosikal

KEADAAN dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, Yan, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Dua lelaki maut termasuk seorang parah apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, dua penganggur, Muhammad Ridzuan Mohamad Noor, 19, dan Ahmad Ashraf Anwar Majdi, 24,  maut di tempat kejadian sementara seorang lagi yang juga pelajar, Muhammad Haikal Mohd. Ridzuan, 16, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

“Semasa kemalangan Muhammad Haikal dan Ahmad Ashraf dikatakan menunggang motosikal dari arah Sungai Daun menghala ke Kuala Kedah manakala Muhammad Ridzuan pula dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Ahmad Ashraf bertembung dengan Muhammad Ridzuan manakala Muhammad Haikal yang cuba mengelak perlanggaran itu menyebabkannya terbabas ke tepi jalan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, akibat dari perlanggaran tersebut, Muhammad Haikal cedera parah dan dibawa ke Hospital Yan manakala dua mangsa lagi maut di tempat kejadian.

“Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN