DSP ditemukan meninggal dunia di pejabat - Utusan Malaysia

DSP ditemukan meninggal dunia di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan seorang pegawai kanannya berpangkat Deputi Superintenden (DSP) meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ, di sini semalam.

Pegawai lelaki berusia 42 tahun itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pegawai itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Siasatan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Punca kematian pegawai berkenaan disyaki akibat serangan jantung,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, jenazah pegawai terbabit dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.