Disengat obor-obor merah ketika main bot rekreasi di Pantai Bukit Keluang - Utusan Malaysia

Disengat obor-obor merah ketika main bot rekreasi di Pantai Bukit Keluang

ANGGOTA Pertahanan Awam Besut meletakkan cuka di tangan kanak-kanak yang terkena sengatan obor-obor merah ketika bermain bot pisang di Pantai Bukit Keluang di Besut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua pengunjung termasuk seorang kanak-kanak terkena sengatan obor-obor merah, Irukandji ketika bermain bot pisang di Pantai Bukit Keluang di sini, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 2.45 petang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun manakala kes kedua menimpa pemuda berusia 32 tahun, pada pukul 6.30 petang.

Katanya, kedua-dua mangsa terkena sengatan haiwan itu semasa di dalam air ketika bermain bot pisang.

“Rawatan awal diberikan dengan meletakkan cuka di bahagian terkena sengatan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak melakukan aktiviti air termasuk di pantai berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ramlan, setakat ini tiada kes sengatan dikesan di pesisiran Pantai Bukit Keluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya