Covid-19

Covid-19: Kes positif terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,541 kes berbanding kelmarin, 1,814 kes dan diatasi 2,905 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 828 kes diikuti Kuala Lumpur (113), Pulau Pinang (93), Melaka (86), Johor (83), Perak (75), Negeri Sembilan (63) dan Kedah (55).

Diikuti Sabah (43), Putrajaya (38), Sarawak (27), Kelantan (13), Terengganu (13), Pahang (12) manakala Perlis dan Labuan, masing-masing satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan terus menurun kepada 423 orang berbanding kelmarin, seramai 437 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan sedikit penurunan kepada 39 orang berbanding jumlah kelmarin, 40 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan sebanyak 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 23 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 20 kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, 25 kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,645 kes. 

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,551 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN