Covid-19: Kes dalam hospital terus menurun

Covid-19: Kes dalam hospital terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan jangkitan positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,123 kes berbanding kelmarin, 2,013 kes dan diatasi 2,303 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 892 kes diikuti Kuala Lumpur (411), Perak (125), Pulau Pinang (114), Melaka (111), Negeri Sembilan (98), Kedah (70), Johor (62), Sarawak (58) dan Sabah (56).

Ia diikuti Putrajaya (46), Pahang (40), Kelantan (17), Terengganu (11), Labuan (7) manakala Perlis, enam kes. Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 482 orang berbanding kelmarin, seramai 587 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 35 orang berbanding jumlah kelmarin, 38 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan sebanyak 22 kes berbanding jumlah kelmarin, 20 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 39 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,633 kes. Selain itu, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,550 kes. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya