Cikgu yang suka menyanyi - Utusan Malaysia

Cikgu yang suka menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setelah hampir lima tahun menyepi, Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi, 30, muncul semula dengan single baharu pada tahun ini.

Bagi yang belum kenal Cikgu Meera, video nyanyiannya di aplikasi Smule pernah tular pada 2016. Selepas itu, pada 2017, dia mengeluarkan single pertama bertajuk Oh Sayangku ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Nur Hakim yang turut popular serta menjadi siulan ramai.

Bercakap mengenai perjalanannya dalam bidang seni itu, Cikgu Meera berkata, dia mula bergiat aktif dalam seni suara sejak 2013 ketika di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

“Saya banyak terlibat dalam membuat persembahan nyanyian dan bersyair ketika itu. Pernah juga menyertai pertandingan syair antarabangsa di Indonesia. Selain itu, saya juga aktif menyanyi dalam aplikasi Smule yang dulu digilai remaja.

“Kini, saya bekerja sebagai seorang guru pendidikan muzik di sekolah. Fokus utama saya semestinya untuk menjadi cikgu, penyanyi hanya sampingan. Saya suka mengajar dan menyanyi,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Baru-baru ini, Cikgu Meera telah mengeluarkan lagu raya berjudul Tandak Lebaran yang dinyanyikan bersama Hazwan Haziq Rosebi.

Bakat dan kebolehan Haziq dahulunya telah melayakkan dia menjadi seorang daripada 12 pelajar Akademi Fantasia 4.

“Saya rasa seronok bila buat rakaman lagu ini apatah lagi bergandingan dengan Haziq. Walaupun cabarannya saya perlu turun ke Melaka dari Kedah namun, semuanya berjalan lancar. Tambahan Haziq pula seorang yang happening,” katanya.

Lagu Tandak Lebaran ini dicipta oleh Fauzi Mohammad, yang juga seorang pemuzik hebat dari Melaka.

Kata Cikgu Meera, dengan kebolehan bermain pelbagai alat muzik, Fauzi menggunakan kesempatan itu untuk mencipta lagu berirama tradisional Melayu.

“ Sementara itu, tugas menulis lirik disempurnakan oleh Siso Kopratasa yang merupakan seorang penulis lirik terkenal.

“Menurut Siso , lirik lagu raya Tandak Lebaran ini agak lain sedikit olahannya. Ini kerana Siso memasukkan suasana pendemik, endemik dan ekonomi semasa dalam penceritaannya.

“Terdapat juga unsur nasihat secara am untuk kita semua bagi menyambut hari raya tahun ini. Lagu ini juga ada muzik videonya di laman YouTube Buana Rama Records,” kata Cikgu Meera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya