Calon sesuai ganti Zuraida - Wan Saiful

Calon sesuai ganti Zuraida – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menamakan calon yang sesuai bagi menggantikan ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin di Kabinet. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

“Berkaitan Kabinet, Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional akan menamakan calon yang sesuai dari kalangan pemimpin Bersatu,” katanya. 

Terdahulu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia mengumumkan tindakan keluar parti itu selepas membuat pertimbangan yang mendalam dan mempercayai dengan perjuangan PBM yang berteraskan enam prinsip utama. 

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, tindakan yang diambil Zuraida itu merupakan satu langkah yang sudah dijangkakan. 

Katanya, ini kerana Bersatu sebelum ini sememangnya telah membincangkan kedudukan Zuraida, setelah meneliti tindak tanduk beliau yang terkini dengan surat tunjuk sebab juga telah dikeluarkan hasil daripada pertimbangan tersebut. 

“Biro Politik Bersatu juga sebenarnya telah mengambil ketetapan mengenai kedudukan beliau dalam parti.

“Kerana itulah, bagi saya, tindakan Datuk Zuraida bukan satu perkara mengejutkan kerana ia memang telah dijangka. 

“Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai peri pentingnya kestabilan politik, nampaknya Datuk Zuraida bertindak berdasarkan pertimbangan sendiri sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya