Cacar monyet: Perketat kemasukan pelancong asing

Cacar monyet: Perketat kemasukan pelancong asing, ambil iktibar Covid-19

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa untuk memperketatkan kemasukan pelancong asing ke negara ini sebagai langkah mengatasi risiko penularan penyakit cacar monyet

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu perlu diambil sebagai iktibar akibat buruk keangkuhan kerajaan terdahulu dalam memandang enteng terhadap risiko penularan Covid-19. 

Beliau berkata, meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan sekatan perjalanan dengan mana- mana negara yang disenaraikan setakat ini, tetapi saringan ketat di semua Pintu Masuk Antarabangsa sedikit sebanyak akan membantu.

Ujar beliau, pencegahan lebih ketat bermula dari sekarang merupakan langkah terbaik daripada terpaksa mengubati nanti. 

“Risiko penularan cacar monyet dikatakan tidak seganas Covid-19 kerana kaedah penularan penyakit itu dari manusia ke manusia adalah terhad. Virus cacar monyet disebarkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan secara langsung dengan darah haiwan yang dijangkiti, cecair badan atau lesi pada kulit.

“Tetapi ini tidak boleh menjadi alasan untuk kita ambil mudah kerana disebalik risiko penularannya yang dsifatkan rendah, penyakit itu telah pun melewati beberapa buah negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Itali, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria, malah meramalkan lebih banyak kes penyakit cacar monyet dikesan melalui perluasan tindakan pengawasan di negara di mana penyakit itu lazimnya tidak ditemui,” katanya dalam satu hantaran di Facebbok, semalam. 

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, langkah memperketatkan perlu juga diambil untuk memantau individu dari negara terlibat yang telah memasuki Malaysia supaya benar-benar bebas penyakit cacar monyet walaupun sudah melepasi saringan.

“Ia kerana tempoh inkubasi iaitu masa daripada jangkitan kepada mula bergejala cacar monyet kebiasaannya antara 7 hingga 14 hari atau dalam lingkungan masa di antara 5 hingga 21 hari.

“Mereka ini perlu dipastikan mendapatkan rawatan segera seawal gejala mula terlihat bagi memastikan tidak berlaku penularan terhadap orang lain,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN