Budaya kerja toksik di hospital perlu dihapuskan - Khairy - Utusan Malaysia

Budaya kerja toksik di hospital perlu dihapuskan – Khairy

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengumumkan satu pasukan petugas khas bebas bagi menyiasat isu buli dalam kalangan doktor pelatih di hospital kerajaan, petang ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, anggota pasukan petugas bebas itu diberi masa dua bulan untuk siasat budaya kerja di hospital di bawah kementerian.

Katanya, pasukan itu akan menyiasat isu buli dan membuat syor untuk memperbaiki keadaan budaya kerja.

“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital bawah Kementerian Kesihatan. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain. Suasana kerja mesti ada hormat, bantu-membantu dan pemerkasaan. Bukan mendera dan memalukan,” katanya melalui ciapan di Twitternya, hari ini.

Terdahulu, dalam ciapannya, Khairy berkata, beliau sendiri turun padang bagi mendengar pengalaman doktor pelatih yang akan memulakan tugas pagi ini.

“Saya mendengar luahan mereka sebelum mereka memulakan rondaan kesihatan pada pukul 6 pagi di Hospital Selayang. Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai suasana kerja yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.

Semalam, Khairy mendedahkan doktor pa­­­­­­­­kar antara lima pegawai perubatan yang didakwa terlibat dalam kes buli di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Saya sudah melihat senarai nama berkenaan dan kes tersebut akan disiasat oleh sebuah pasukan khas bebas di bawah Unit Integriti kementerian itu. Apa yang kita lihat sekarang ialah aduan dibuat. Ada nama telah dihantar kepada pihak integriti untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih HPP dilaporkan maut selepas terjatuh dari kediamannya dalam kejadian 17 April lalu.

Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartment di Jalan Dato Keramat, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.