Budak 3 tahun di Selangor disahkan bukan cacar monyet

Budak 3 tahun di Selangor disahkan bukan cacar monyet

TANGKAP layar menerusi media sosial yang memaparkan kononnya ada kanak-kanak menghidap cacar monyet di Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Selangor adalah negatif daripada jangkitan penyakit cacar monyet.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, budak berkenaan sebenarnya disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana adalah positif virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta virus lain,” jelasnya menerusi kenyataan.

 Terdahulu, kementerian itu melalui kenyataan awal mengenai berkata bahawa budak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14 Cheras kerana disyaki mungkin ada kes cacar monyet. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya