Belia berkumpul sambut kepulangan Perdana Menteri

Belia berkumpul sambut kepulangan Perdana Menteri

ISMAIL Sabri Yaakob bersama golongan belia yang menyambut kepulangannya ke tanah air selepas selesai lawatan kerja selama empat hari ke Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Lebih 200 belia menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu sahaja tiba ke tanah air selepas selesai lawatan kerja selama empat hari ke Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

Para belia terdiri daripada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) sekitar Lembah Klang hadir memberikan sokongan padu kepada Ismail Sabri yang berjaya menghadiri lawatan ke AS yang disifatkan sebagai satu kejayaan buat negara.

Mereka berkumpul di pekarangan Masjid Al Muhajirin Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hadir membawa kain rentang dan sepanduk kemudian menyanyikan lagu patriotik ‘Inilah Barisan Kita’ sebaik Ismail Sabri melangkah keluar daripada kenderaan rasminya untuk bertemu dengan kumpulan belia berkenaan.

Menurut jurucakap belia itu, Shameerul Abd. Samad, kehadiran mereka di situ bagi meraikan kepulangan Ismail Sabri yang selesai menghadiri lawatan kerja ke US serta berjaya mengetengahkan isu-isu sejagat termasuk nasib rakyat Palestin.

Katanya lagi, Ismail Sabri telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali bukan sahaja membangkitkan isu antarabangsa tetapi soal memartabatkan Bahasa Melayu.

“Perdana Menteri menegaskan Amerika Syarikat perlu bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman yang dihadapi rakyat Palestin apabila pendirian tegas itu harus diambil bagi menyelesaikan krisis yang telah berlarutan sejak sekian lama. 

“Justeru itu, bagi mengambil kesempatan kepulangan dari AS, kami hadir di sini sejak pukul 8 pagi bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri ke tanah air,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, pesawat yang membawa Perdana Menteri tiba di Pangkalan TUDM pada pukul 9.30 pagi selepas beliau mengakhiri lawatan kerja ke negara Uncle Sam itu.

Selain Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang dihadiri Presiden AS, Joe Bidden, Ismail Sabri juga bertemu dengan pelbagai pihak dalam misi membawa masuk pelaburan dan perdagangan AS ke negara ini.

Beliau berpeluang berjumpa dengan para pelabur serta peneraju industri Amerika Syarikat sekali gus memperlihatkan bahawa terdapat potensi pelaburan yang besar bagi Malaysia pada masa akan datang

Malah Ismail Sabri mempelawa pelabur dan ahli perniagaan AS termasuk Tesla untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Perdana Menteri juga mengalu-alukan mereka, terutamanya syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka, iaitu dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya