Bekas ADUN Telok Mas sertai Amanah

Bekas ADUN Telok Mas sertai Amanah

NOOR EFFANDI Ahmad (kiri) menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Adly Zahari pada 17 Mei 2022. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Setelah beberapa ketika menyepi berikutan dilucut keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad kembali semula ke pentas politik dengan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Borang keahlian diserahkannya sendiri kepada Naib Presiden Amanah, Adly Zahari pada Selasa lalu.

Noor Effandi yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri Melaka (Pendidikan) berkata, Amanah adalah wadah baharu perjalanan politiknya dalam merencana harapan yang lebih baik.

“Inilah wadah baharu perjalanan politik saya. Sedikit sebanyak, pengalaman lalu baik suka mahupun duka dibawa bersama buat merencana suatu harapan yang lebih baik dan moga membawa manfaat kepada Malaysia tercinta. 

“Kekuatan diri diperkasa dan kelemahan diri menjadi pedoman berharga. Kepada keluarga besar Amanah, saya sedar saya ini budak baharu belajar, banyak kekurangannya. Mohon tunjuk ajar dan kerjasama,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebooknya.

Noor Effandi adalah salah seorang daripada empat ADUN kerajaan yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sehingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tahun lalu.

Ekoran itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan, parti itu menggugurkan keahlian Noor Effandi serta-merta.

Noor Effandi tidak mempertahan kerusi Telok Mas selepas dipecat keahlian daripada Bersatu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.