Bas pesiaran terbakar di lebuh raya - Utusan Malaysia

Bas pesiaran terbakar di lebuh raya

Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah bas persiaran yang mengalami kerosakan enjin di Kilometer 279.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara dekat Nilai, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah bas persiaran yang mengalami kerosakan enjin terbakar di Kilometer 279.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat Nilai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kejadian  berlaku lebih kurang pukul 4 petang ketika bas persiaran tersebut dalam perjalanan ke Bandar Tasik Selatan dari Seremban.

“Bas persiaran itu telah mengalami kerosakan enjin dan terbakar. Bagaimanapun, kesemua lima orang penumpang serta seorang pemandu selamat dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan bas mengalami kebakaran 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Fazley berkata, akibat daripada kejadian itu, berlaku kesesakan sejauh sembilan kilometer.

“Pihak polis menasihatkan orang awam agar memandu dalam keadaan yang selamat dan patuh kepada kelajuan yang ditetapkan terutama ketika musim perayaan,” katanya. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.