Bapa remaja OKU maut dalam kebakaran masih sugul 

Bapa remaja OKU maut dalam kebakaran masih sugul 

JENAZAH remaja OKU masalah pembelajaran, Muhammad Nur Iqmal Mohd. Shakrisham yang maut dalam kebakaran rumahnya semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jenazah remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, Muhammad Nur Iqmal Mohd. Shakrisham, 18, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas, di sini malam tadi.

Bapa saudaranya, Mohd. Hasrulnizam Hamid, 41, berkata, urusan pengebumian jenazah Muhammad Nur Iqmal selesai kira-kira pukul 9.30 malam sejurus tiba dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

MUHAMMAD NUR IQMAL MOHD. SHAKRISHAM

Menurutnya, seramai kira-kira 20 ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan hadir pada pengebumian tersebut.

“Bapa arwah (Mohd. Shakrisham Mohamad) kini masih bersedih dan menangis apabila mengenang pemergian arwah anak sulungnya itu. Anak perempuan bongsunya pula kini berada dengan saya dan isteri. Dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz memberitahu, Mohd. Shakrisham kini menetap sementara di sebuah inap desa miliknya di Teluk Kumbar dekat sini.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam, Muhammad Nur Iqmal ditemukan  maut di dalam sebuah bilik tidur di kediaman aras lapan, Apartment Desa Bayan, dekat sini.

Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap dan melecur 80 peratus pada bahagian belakang badan oleh pasukan bomba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN