Bakal jemaah haji remaja disaran dos penggalak

Bakal jemaah haji remaja disaran dos penggalak

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan kini menyarankan semua bakal jemaah haji remaja berumur 12 hingga bawah 18 tahun untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19. 

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak boleh diambil dengan syarat sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan selepas menerima dos kedua vaksin dos primer.

Katanya, bagi remaja yang telah lengkap mengambil dos primer dan didapati mengalami jangkitan Covid-19, mereka layak menerima dos penggalak sebaik sahaja pulih sepenuhnya.

“Memandangkan jemaah juga perlu mengambil suntikan lain seperti meningococcal, influenza atau pneumococcal, pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 boleh diberikan dalam sela masa dua minggu sebelum atau selepas vaksin lain diberikan.

“Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan menyarankan kepada semua bakal jemaah haji berusia 60 tahun dan ke atas serta jemaah berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk, untuk mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Khairy Jamaluddin berkata, langkah ini bertujuan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji semasa berada di Tanah Suci dengan mengambil kira perhimpunan yang ramai serta melibatkan jemaah dari seluruh dunia.

Terdahulu, kuota haji yang ditawarkan kepada Malaysia pada tahun ini dihadkan kepada hanya 45 peratus daripada kuota tahun 2019 iaitu 14,306 jemaah berbanding 31,600 jemaah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya