Bahasa Malaysia wajib lulus di Universiti Malaya. - Utusan Malaysia

Bahasa Malaysia wajib lulus di Universiti Malaya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Mei 1971, Utusan Malaysia melaporkan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Awam, Universiti Malaya (UM) mewajibkan mahasiswa aliran Inggeris mesti lulus Bahasa Malaysia manakala bagi mereka dari aliran Melayu perlu lulus Bahasa Inggeris.

Menurut dekan fakulti tersebut, Mokhzani Abdul Rahim, mereka yang gagal dalam ujian kedua-dua bahasa tersebut tidak akan dinaikkan walaupun mereka lulus dengan baik dalam lain-lain subjek akademik.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Mei 1972 –
    Menteri Besar Johor, Datuk Osman Saat mengumumkan pembinaan sebuah pusat beli-belah yang menelan belanja sebanyak RM8.6 juta yang akan dibina di Johor Baharu bagi menggalakkan bumiputera dalam bidang perniagaan.
  • 26 Mei 1973 –
    Malaysia dan Britain menandatangani satu perjanjian perkhidmatan udara di London bagi membolehkan perkhidmatan udara diperluaskan untuk menghubungkan Malaysia dengan Brunei, Hong Kong dan United Kingdom.
  • 26 Mei 1974 –
    Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn mengumumkan, kerajaan akan memperuntukkan RM51 juta untuk melaksanakan skim pinjaman buku teks di seluruh Malaysia mulai tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya