Aziz Bari kena hormat Jawatankuasa Perundingan Kerusi   - Utusan Malaysia

Aziz Bari kena hormat Jawatankuasa Perundingan Kerusi  

pru15
ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemuda Amanah Perak meminta semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) negeri menghormati mandat diberikan kepada Jawatankuasa Perundingan Kerusi  dalam menguruskan hal pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, kenyataan terbuka  bersifat peribadi harus dielak supaya proses perundingan dihormati dan semua parti dapat menjaga keharmonian dengan membawa apa sahaja isu berkaitan dalam mesyuarat rasmi jawatankuasa tersebut.

“Pemuda Amanah Perak ingin membuat teguran kepada pimpinan PH di semua peringkat agar menghormati mandat diberikan kesemua parti anggota dalam PH terhadap Jawatankuasa Perundingan Kerusi yang ditubuhkan dalam menguruskan hal pembahagian kerusi.

“Berkenaan kenyataan Abdul Aziz Bari yang berhasrat untuk menawarkan diri bertanding di Parlimen Tambun, kami menganggap ia adalah hasrat peribadi dan tidak mengikat PH Perak untuk membuat keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairol Najib, sebagai Ketua Pembangkang Perak, pihaknya berharap Abdul Aziz memberi tumpuan lebih besar kepada usaha memperjuangkan isu-isu negeri dalam melonjakkan sokongan kepada PH Perak.

Mengenai calon, beliau menjelaskan, PH Perak mempunya ramai calon berkelayakan dan mempunyai merit yang baik untuk bertanding melawan siapa sahaja yang diletakkan oleh pihak lawan termasuk di Parlimen Tambun.

“Sudah semestinya sebagai sayap Pemuda, kami akan berusaha untuk meletakkan calon yang lebih bertenaga di setiap kerusi dalam PRU15 dan berupaya memberi kemenangan kepada PH,” tegas beliau.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan hasrat Abdul Aziz untuk bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 kerana yakin mampu membawa kemenangan kepada PH.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Abdul Aziz mengulangi hasrat itu untuk mencabar Ahli Parlimen Tambun sekarang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bertanding di situ.

Abdul Aziz berkata, beliau berhasrat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi serta bertanding di peringkat Parlimen di Tambun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya