ASEAN tegas dalam isu antarabangsa ketika bertemu Biden - PM

ASEAN tegas dalam isu antarabangsa ketika bertemu Biden – PM

PERDANA Menteri (dua. kanan) bersama pemimpin negara ASEAN sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin ASEAN kekal tegas dalam beberapa isu antarabangsa semasa pertemuan mereka dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington D.C, semalam. 

Memetik laporan Bernama, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemimpin ASEAN juga menunjukkan pendirian bersama ketika membincangkan is Rusia-Ukraine dan Laut China Selatan.

Perdana Menteri berkata, ASEAN mahu krisis Rusia-Ukraine diselesaikan melalui meja rundingan. 

“Perang tidak menguntungkan sesiapa. Malah banyak pihak yang rugi kerana kesan perang itu,”  katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri sesi akhir sidang kemuncak khas dua hari itu bersama Presiden Biden dan pemimpin ASEAN.

Dalam konteks ini, beliau berkata, Malaysia berpendapat AS harus menggunakan pengaruhnya untuk membantu menyelesaikan krisis Rusia-Ukraine. –UTUSAN

 

Habis. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya