AP import bahan makanan dimansuh serta-merta - Utusan Malaysia

AP import bahan makanan dimansuh serta-merta

ISMAIL Sabri Yaakob ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memansuhkan keperluan lesen import (AP) terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini sebagai langkah penting dalam menjamin keselamatan makanan di negara ini.

Menurut beliau, dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini tidak terhad kepada pihak tertentu sahaja.

“Saya percaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan umum secara terperinci tapi kita setuju tadi tiada lagi AP import untuk bahan makanan.

“Kita buka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan masuk ke negara kita. Kalau dulu ada bermacam-macam AP, mulai hari ini tidak ada AP lagi diperlukan.

“Sesiapa sahaja boleh mengimport makanan dari luar untuk pastikan kita cukup bahan makanan,” katanya.

Beliau berkara demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai”, di sini, hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya