BACHOK 12 Mei: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit pada harga subsisi

Angkasa tawarkan barangan runcit harga subsidi di FGM 2022

Adnan Hanif bersama pembeli yang singgah di gerai jualan barangan murah di FGM 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Angkasa tawarkan barangan runcit harga subsidi di FGM 2022

YATIMIN ABDULLAH

BACHOK 12 Mei: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit pada harga subsidi kepada pengunjung di Festival Guru Malaysia (FGM) 2022.

Penolong Pengurus Sektor Pemborongan dan Peruncitan Angkasa Adnan Hanif berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pengunjung yang hadir ke FGM 2022 yang bermula hari ini sehingga 16 Mei ini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini.

Adnan berkata, tiada limit pembelian dikenakan kepada pengunjung dan ianya bergantung kepada stok barangan yang dibawa oleh Angkasa sepanjang lima hari festival berkenaan berlangsung.

“Antara barangan murah yang kita tawarkan ialah minyak masak botol seberat lima kilogram pada harga RM26. Harga yang kami jual ini sangat murah berbanding harga RM29.90 di pasaran ketika ini.

“Selain itu, kita juga jual tepung gandum pada harga RM2 selain banyak lagi barangan runcit yang dijual pada bawah harga pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Adnan, jualan murah itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu para pengunjung untuk menikmati belian barangan runcit pada harga murah.

“Jadi, orang ramai di sekitar Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu disaran supaya datang beramai-ramai ke festival ini untuk mendapatkan barangan pada harga murah,” katanya

FGM kali ini disifatkan cukup meriah selepas dua tahun negara ‘diikat’ akibat Covid-19 dengan penganjuran pelbagai acara menarik selain lebih 80 gerai jualan barangan dan makanan selain pameran agensi-agensi berkaitan pendidikan.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN