Anggota tentera mati lemas ketika memancing

Anggota tentera mati lemas ketika memancing

MAYAT Aliff Aswad Amir Zaidin Noor yang ditemukan mati lemas di Kampung Banggol, Pancor Pokok Sena, Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang anggota tentera ditemukan mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Kampung Banggol, Pancor Pokok Sena, di sini hari ini.

Mayat, Aliff Aswad Amir Zaidin Noor, 26, ditemukan anggota penyelamat pada pukul 10.44 pagi. 

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain, Bilik Kawalan Balai Bomba Penyelamat Pokok Sena menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.14 pagi dari Balai Polis Pokok Sena menyatakan ada orang jatuh ke dalam sungai.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar, mangsa seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam sungai tersebut.

“Tindakan awal anggota membuat surface searching. Mangsa berjaya ditemukan pada 10.44 pagi oleh anggota yang melakukan pencarian. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis yang hadir ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu ketika memancing pada pukul 8 pagi.

“Mangsa dijumpai di sungai berhampiran rumah dan hasil pemeriksaan lanjut terhadap fizikal tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah. 

“Mangsa adalah anggota tentera bertugas di Kuching, Sarawak keluar memancing ikan di parit dalam pukul 8 pagi. Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan bedah siasat. Kematian diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya