Aliran trafik ke ibu negara meningkat

Aliran trafik ke ibu negara meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan trafik menuju ke ibu negara semakin meningkat sejak awal pagi ini ekoran warga kota mengambil keputusan pulang bekerja selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri berakhir semalam.

Menurut akaun Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik tinggi berlaku di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) membabitkan laluan arah selatan di Permatang Pauh-Hentian Juru, Bukit Gantang-Bukit Berapit dan Simpang Pulai-Gopeng pada pukul 10.39 pagi.

Selain itu, satu kemalangan di laluan Tapah-Gopeng (KM 308.5 arah Utara) menyebabkan lorong kanan terhalang dan berlaku trafik sesak di kedua-dua arah 5.4 km arah Selatan dan 2.8 km arah utara.

Dalam pada itu, status trafik lebuh raya timur berjalan lancar termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol utama seperti Gombak, Bentong, Karak dan Kuala Terengganu setakat pukul 7.39 pagi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN