Aksi zig-zag ; JSPT KL keluar 849 saman, sita motosikal

Aksi zig-zag ; JSPT KL keluar 849 saman, sita motosikal

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan tujuh lelaki mempamer aksi berbahaya ketika menunggang motosikal hanya mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan awal pagi ini.

Dalam operasi yang berakhir 4 pagi tadi, sebanyak 11 lelaki turut ditahan dalam operasi itu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula Jumaat lalu di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penunggang motosikal berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan ketika menunggang berbahaya dan melakukan aksi seperti zig-zag, roket, ‘superman’ serta bersaing sesama sendiri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Kami juga menahan 11 lelaki berusia antara 22 hingga 62 tahun yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke balai sama untuk siasatan mengikut Seksyen 45(A) akta sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Sarifudin, operasi tu membabitkan 11 pegawai dan 72 anggota turut mengeluarkan 849 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987 kerana pengubahsuaian struktur.

“Kenderaan yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta diarahkan mengubah ke struktur asal. –

“Kami akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,”jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya