Air pasang: Laluan bawah pejalan kaki Tembok Laut Padang Kota Lama ditutup sementara - Utusan Malaysia

Air pasang: Laluan bawah pejalan kaki Tembok Laut Padang Kota Lama ditutup sementara

MBPP bertindak menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di tembok laut Padang Kota Lama, Pulau Pinang ekoran berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bertindak menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di tembok laut Padang Kota Lama di sini ekoran berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut petang tadi.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan, penutupan itu dibuat bermula petang tadi demi keselamatan orang awam.

”Pasukan penguat kuasa MBPP mengadakan kawalan keselamatan dan tidak membenarkan orang awam berada di laluan bawah pejalan kaki tembok Padang Kota Lama. Ia berikutan berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Projek tembok laut Padang Kota Lama  itu menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan ini.

Ia merupakan inisiatif menaik taraf kawasan tersebut bagi menyediakan ruang awam berkualiti yang boleh diterima, menarik dan inklusif untuk semua pihak.

Kenyataan itu menambah, orang awam adalah dinasihatkan tidak menggunakan laluan bawah dan mengelak daripada berada di tepi tembok Padang Kota Lama semasa berlaku air laut pasang tinggi di kawasan tersebut.

”Untuk informasi air laut pasang surut sila layari Stesen Tolok Air Pasang Surut Malaysia (STAPS) https://www.jupem.gov.my/staps/stesen-pulau-pinang-1,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya