GEORGETOWN: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri jumlah kenderaan yang memasuki Pulau Pinang sejak Jumaat lalu hingga hari ini mencecah 833,000 buah kenderaan.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintenden Zafri Zokapli berkata, secara keseluruhan aliran trafik masih lancar di semua lokasi di negeri ini.
”Bagaimanapun di lebuh raya berhampiran Tol Sungai Dua kadang-kadang kenderaan dilihat perlahan.
”Anggaran kenderaan masuk ke Pulau Pinang sejak Jumaat adalah sebanyak 833,000 buah kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, polis Pulau Pinang menjangkakan jumlah kenderaan yang melalui Pulau Pinang untuk menuju kawasan utara meningkat sehingga 3.6 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, selain itu polis juga menjangkakan kira-kira sejuta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Zafri turut menasihatkan orang ramai perjalanan serta memastikan kenderaan dalam keadaan baik.- UTUSAN