fbpx

24 Mei 2022, 2:16 pm

  TERKINI

Agong, Permaisuri, PM zahir ucapan Hari Wesak

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Wesak kepada penganut agama Buddha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Wesak

Ucapan itu dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik di hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Selamat menyambut Hari Wesak. Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” menurut poster yang dimuat naik itu. 

Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini turut menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Wesak kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Buddha. 

Datuk Ismail Sabri Yaakob percaya semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang, dan hormat menghormati  dengan penuh harmoni.

“15 Mei 2022, Keluarga Malaysia yang beragama Buddha menyambut Hari Wesak. 

“Hari Wesak disambut untuk memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi dan kasih sayang. 

“Selamat Menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia,” tulisnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI