Abang Viva muncul di Kuala Johol - Utusan Malaysia

Abang Viva muncul di Kuala Johol

Sukarelawan, Azwan Omar yang terkenal dengan jolokan 'Abang Viva' dikatakan berada di Kuala Johol, Kuala Pilah kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi membantu mangsa banjir di daerah berkenaan. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ Azwan Omar, dilaporkan berada di Kuala Johol, di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi membantu mangsa banjir di daerah berkenaan.

Seorang penduduk, Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, berkata, dia berasa sangat berbesar hati apabila Azwan yang terus datang membantu hanya dengan sekali ajakan dari seorang penduduk bernama Nor Hisham.

Menurutnya, kereta pacuan empat rodanya sendiri tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk ke Kuala Johol dan dia juga tidak mengetahui bagaimana Azwan boleh masuk ke kawasan berkenaan.

“Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja dia sudah sampai bagi membantu kami. Kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas.

“Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini,” katanya hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan Kuala Johol tidak boleh dilalui berikutan air naik begitu deras ke jalan utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN