9 rumah sewa musnah kebakaran - Utusan Malaysia

9 rumah sewa musnah kebakaran

DERETAN teres rumah sewa satu tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Deretan teres rumah sewa satu tingkat dihuni seramai 25 orang, musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jenderam Hilir di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan pukul 9.52 malam tadi seterusnya tiba di lokasi pukul 10 malam.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sembilan pintu rumah sewa dengan saiz 15×40 kaki persegi bagi setiap rumah iaitu jenis teres 1 tingkat kelas A.

“Susulan itu, kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh pihak bomba dengan anggaran kemusnahan secara keseluruhan 90 peratus. Dalam masa sama, kebakaran juga tidak melibatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Norazam berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.18 malam dan dipadamkan pada pukul 11 malam dengan kerja-kerja overhaul dilakukan pihak bomba.

Jelasnya, operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil, BBP Cyberjaya, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), BBP Bangi, BBP Serdang dan BBP Kajang yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II (KUP) Muhamad Shakirin Selamat.

Katanya, punca kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu, beliau menambah, penghuni sembilan rumah sewa tersebut terdiri daripada 12 lelaki dewasa, lapan wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan melibatkan warga tempatan serta warga asing iaitu Indonesia dan Pakistan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya