tahan sakit

45 minit tahan sakit, jari tersepit mesin perah santan

Nor Shuhadah Aznan terpaksa menahan kesakitan hampir 45 minit apabila dua jari kirinya tersepit pada mesin memerah santan semi auto di premisnya di Taman Perda, Teluk Kumbar, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang peniaga santan terpaksa menahan kesakitan hampir 45 minit apabila dua jari kirinya tersepit pada mesin memerah santan semi auto di premisnya di Taman Perda, Teluk Kumbar, di sini pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika Nor Shuhadah Aznan, 29, sedang membersihkan mesin tersebut sejurus selesai berniaga.

Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 29, berkata, kejadian berlaku apabila sebentuk cincin isterinya tersangkut pada mata pisau mesin yang sedang bergerak.

“Dia (isteri) cuba menarik cincin tersebut sebelum dua jari kirinya terus tertarik dan  tersepit antara  mesin dan mata pisau.

“Semasa kejadian, dia berada bersama seorang pekerja. Saya segera datang memotong mata pisau itu sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau tiba di tempat kejadian. 

“Banyak darah yang keluar dan saya segera mendapatkan ambulans untuk membawanya  ke Hospital Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, doktor memaklumkan jari isterinya itu mengalami kecederaan dan perlu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun katanya, keadaan isterinya kini stabil meskipun masih berlaku pendarahan pada bahagian jari yang cedera. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya